PENGASAS dan vokalis kumpulan terkenal Indonesia, Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Pertemuan tersebut akan menjadi perjumpaan kali kedua buat Dhani, 51, bersama Anwar.
Dhani sebelum ini berpeluang bertemu Anwar sewaktu kunjungan beliau sempena Temu Anwar yang berlangsung di Jakarta pada awal bulan ini.
“Esok (Jumaat) sekitar pukul 5 petang Dhani akan bertemu PM Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri kerana ada sambutan Maulidur Rasul.
“Insya-Allah, PM juga akan datang ke konsert DEWA19 : A Night at The Orchestra - Chapter 5 (Live in Malaysia) pada sebelah malam.
“Sebenarnya, PM mahu jumpa Dhani dan Dhani juga mahu jumpa Anwar. Memang mereka sudah berjumpa di Jakarta tapi selaku tuan rumah kali ini, beliau mahu bertemu di sini,” ujar penganjur konsert, Iman Tang dari Icon Entertainment sewaktu sidang media yang diadakan di Axiata Arena, malam tadi.
Dhani sewaktu ditanya mengenai harapan terhadap pimpinan Perdana Menteri ke-10 tersebut mengharapkan Anwar mampu membuat sebuah perubahan yang besar.
“Harapan saya Anwar mampu membuat sebuah perubahan besar dan mewujudkan harapan daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau malah secara berseloroh mengatakan oleh kerana persamaan mereka yang pernah dipenjara, dirinya berharap Anwar mampu mencipta sejarah.
“Kerana PM Anwar pernah masuk penjara, saya juga pernah (penjara). Bezanya hanya beliau 11 tahun dan saya 11 bulan. Dan saya berharap RM Anwar mampu menjadi Perdana Menteri yang paling bagus dalam sejarah di Malaysia,” katanya.
Dhani bersama anggota Dewa 19 berada di Malaysia sempena konsert DEWA19 : A Night at The Orchestra - Chapter 5 (Live in Malaysia) yang berlangsung malam ini.
Ini merupakan konsert pertama dengan format orkestra yang dibawakan oleh Dewa 19 bersama 54 pemuzik orkestra penuh dari Malaysia. Ia bakal dipimpin oleh konduktor muzik dari Indonesia, Guntur Nur Puspito.
Dewa 19 yang turut menjemput Shila Amzah, Amir Masdi dan Jaclyn Victor sebagai penyanyi undangan dijangka membawakan 34 buah lagu yang disifatkan sesuai dengan alunan orkestra. - Gempak
Gempak
Thu Sep 28 2023
Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - Gempak
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.
Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Seramai 416 rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri pada majlis minum petang diaspora Malaysia.
Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
PM mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama TPM terlebih dahulu.
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM
Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada Datuk Seri Anwar pada pertemuan mereka di New York.
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.